CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday

Baik Buruk P.J.J

Assalamualaikum
seperti yg semua sedia maklum..it has been almost 8 months...aku dan dia tak berjumpa..sedih...sangat... selalunya paling lama 3 bulan...tapi,ni la harga yg harus dibayar untuk pasangan PJJ macam kami. (Percintaan Jarak Jauh). Feewiitt... hubunga kitorang da nk masuk 4 tahun...hubungan paling mencabar dan paling lama.
 

So,berdasarkan pengalaman ni,ada pros and cons la....apa kata kita mulakn dengan yang cons dulu.Chaiyok2!!
Negative (-)---->
  • Kadang2 aku lupa muka daus macam mana. ehe!
  • kurang pasti dengan perasaan sendiri sbb dah lama tak jumpa
  • rindu yang sangat parah
  • jealous sebab org lain boleh jumpa bf/gf diorang hari2.
  • jealous walau dgn kawan dia sendiri
  • buruk sangka
  • dipermainkan oleh org sekelilig (seperti diejek macamlah kau ni loser gile sebab dah lama tak jumpa.Hoho!!)
  • tapi memang rasa loser pn kadang2
  • susah sangat nak berpisah bila dah berjumpa sampai kalau boleh nangis guling kat lantai sebab taknak bagi dia balik dah lama aku mesti buat
  • sensitive sangat!
  • tidak boleh berseorangan. (eh,ni kadang2)
Sapa kata senang?hmmm...tapi tak semuanya buruk. mesti ada manisnya.. (manisnya kurma ini......-->tiba2.)

Positive (+)---->
  • rasa sayang makin ber++
  • rasa lebih bersemangat menempuh hari mendatang. Ahceh!
  • perasaan excited bila nak jumpa macam masa 1st time datig dulu. (setiap kali kitorang nak berjumpa akan rasa mcm ni)
  • perasaan malu sangat tebal. (positive kan?)
  • rindu yang dalam.................sangat....
  • kurangkan maksiat. (ini serius.)
  • perasaan nak kumpul duit makin meluap2 sebab mahu kahwin segera. (saya dah amik subject parenting.saje bagitau.)
  • bangga sebab bukan senang nak ada relationship macam ni.
  • kepercayaan makin ber++ sebenarnya. and masa nilah kita nak tahu dia jujur dan betul2 nak kat kita ke tak.
  • senang nak bahagikan masa antara dia,family,kawan,etc
  • jimat duit.
aku ada search sikit,pasal tips2 uuntuk p.j.j ni.. found this in here.
  1. Percaya pada pasangan---kepercayaan itu penting sangat dalam hubungan. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih  menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia. 
  2. Setia walaupun jauh ---Dugaan memang banyak.Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri.Tapi jangan couple plak dengan kawan tu.huhu 
  3. Berjumpalah walaupun seketika ---Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu
  4. Tanyalah khabar--- Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini. 
  5. Sambut hari ulang tahun bersama 
  6. Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah ---jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Ni just copy paste je. ada edit sikit je. kalau nak bace penuh pegi link kat atas tu k! huu
yang no.3 tu on the way..huhuhu... No.5 tu susah sikit selagi kitorang masih study. masa lapang x sama...
Comment aku, PJJ ni sebenarnya buat kitorang lebih matang dan berfikiran jauh. Dan kena pandai planning. Kalau tak,susah.. thanks to siti rahmah dan kawan2 yg lain yang banyak nasihatkan aku tentang perhubungan berlandaskan agama. Alhamdulillah, kitorang sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik.hmm..people make mistakes...oh ye...dan kitorang cuba kumpul duit! yeay!

Ya Allah yang maha mengasihi..semoga dia tercipta untukku..jodohku..yang terbaik untukku..permudahkan segalanya bagi kami..amin...

Eh,aku dah cakap tak semua gambar dari si google? heee..ok. semua gamabar belas ehsan si google. Tq.

"Ya Allah..
 Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
 Di Dunia dan di akhirat..
 Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..
 Jangan engkau biarkan aku sendirian..
 Di dunia ini mahupun di akhirat..
 Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
 Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
 Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
 Ke jalan yang engkau redhai..
 Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.."... Dipetik dari-- sini

No comments: