CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday

I am SICK!

Assalamualaikum

Well... according to the title, yupe, I am Sick. Tapi ni baru peringkat permulaan. Belum merebak sepenuhnya sebab mungkin awal lagi.. tapi, kalau dah start merebak walaupun sikit camni bahaya jugak sebenarnya. sebab bila dah start merebak,susah nak sembuh.

sakit itu tak lain dan tak bukan sakit M. iaitu sakit MALAS! ohhh...sesiapa tolonglah paksa saya study...buka buku...ni dah final year..mana boleh bawak perangai 1st year..(walau every year aku ada perangai sama. ignore k.) 

taku la..makin lama nanti makin banyak kena baca..yela..kalau kumpul,sikit2 lama2 jadi bukit. yg bukit tu kalau duit takpe...haish....tapi bila nak start ni..sigh again*****


Sunday

Stress Management itu PENTING!!

Assalamualaikum..

Belum pon masuk mggu 2 atau 3 atau 4..tp aku rasa macam dah nk ketuk kepala kt dinding lama2. Stress!! baru beberapa hari di mggu pertama dah macam bertahun! subject sumpah susah! dah la tu, aku dah start kena buat assignment+ presenttn. Apakah? baru tadi buat discussion kt musolla asma'. Bayangkan,hanya kami ber-3 shja. Kesimpulan, woit makcik,mane ade org da start pikir nak present + Assgnment bagai di minggu pertama!!

tiba2 rindu zaman tadika masa kena buat homework 4 pge dalam buku latihan matematik pra skolah. tu pun da merungut kata teacher jahat. Oh,sungguh...kecik2 sudah pandai x bersyukur...hmmm....kena ubah diri ye cik fara...sekarang kena kejar masa sbb baru tahu yg masa tu taknak tunggu kita. Dulu masa tu tolak tepi je...padan muka kau! Sekian.

Mood: Kebuntuan.

Friday

Learn To Forgive and Forget

Assalamualaikum

Dalam hidup ni, dah berapa banyak kali kita memaafkan dan dimaafkan? mestilah x terkira... Tapi adakah benar ungkapan fogive and forget? forgive..yeah...maybe...but forget?maybe it is not as easy as ABC. kalau x dunia mesti aman...
I'd experienced this in my life. Aku mudah memaafkan dia,tp sgt susah untuk lupa apa yg dia dah buat..to me,to my mom, and to my life. My life affected by him. but somehow, forgiving is a wonderful thing to do. So, I forgive him and give him a 2nd chance to fix everything in his life and mine. Tapi aku tak boleh bohong. kadang2 perasaan dan kenangan silam selalu datang. Kadang2 aku tanya pada diri sendiri. Ikhlaskah aku memaafkan? Diam. Tiada jawapan. Mungkin bergantung pada keadaan. hmm..

Aku cuba terima dia semula dalam hidup aku. Dan aku cuba bersikap natural. Aku mengharapkan ada perubahan pada diri dia. Ya,memang ada. Cuma 50% sahaja. Lebih mendekatkan diri pada tuhan yg Esa. Tapi aku masih boleh rasa yg egonya masih tinggi. kadang2,hati aku terluka dgn kata2 dia. Ya, dia mau kami terima dia seadanya. tapi x pernah dia akui salah itu dtg dari dia. Dia masih menuding pada sekeliling.

Bukan niat ak untuk abaikan dia. Jarang berjumpa juga bukan niat aku. Tapi kadang2, untuk apa aku dan dia berjumpa jika aku seperti berkata2 dengan manusia yg tiada rasa dan seperti berbicara dgn meja. kaku. tapi tak apa,sebab aku masih mahu cuba. menjernihkan mana yg keruh. untuk kebahagiaan semua. (I Hope.)

dan kerana inilah kdang2 aku rasa macam mahu lari jauh2 ke tmpt yg tiada siapa kenal aku. dan juga kenal dia.

P/s: ini tiada kena mengena dgn buah hati. huhu. ini untuk dia, yg dikatakan darah daging.
credit untuk encik google. =)



Thursday

Busy itu indah

Assalamualaikum.

Minggu pertama untuk semester ni. berbeza dari sem2 yg lepas,sem ni aku dah takde senior untuk dirujuk sebab diri sendiri dah senior. oh, tua. Ahceh!
yup..busy itu indah..this can b considered as one of my challenging week..aku ada 1001 masalah dan dlm masa yg sama aku sangat sibuk dengan subject baru aku. Juga sibuk menyesuaikan diri juga. Tapi aku suka. Sebab itu busy itu indah. Bila sibuk,masalah aku hilang sebab takde ruang untuk mereka. Rindu nak jadi kanak2 semula. But life must go on.

Sem ni agak mencabar. Boleh ke? hmmm...

  • Masih merindui rumah.
  • Masih merindui keluarga.
  • Masih merindui dia. <3
Credit gmbr dari encik GOOGLE

Monday

Back!

Assalamualaikum..

Argh..lamanya aku tggalkan blog ni..so,macam2 benda jadi..before tu, SELAMAT HARI RAYA! =)

harini merupakan my 1st day in iium. semalam check in bilik..hmmm....after almost 5 months kat rumah,what do u aspect? mestilah homesick gile!!!

Tadi masa bangun pagi jr, aku macam x percaya aku dah kt uia...missing my room....hmm...
semalam,masa sampai2 je dekat bilik ni,kotor yang AMAT!! habuk sane sini...isk3...siap ade harta peninggalan plak tu dari org yg sebelumnya..

tapi sekarang bilik sudah chantek! yeay!

komen 1st day? setakat harini,aku cuma ada 3 kelas je..semua kelas subject+lecturer nampak interesting..tapi harini tak mula lecture pon..haish..kene polish balik otak aku ni..wish me luck!!

Friday

Baik Buruk P.J.J

Assalamualaikum
seperti yg semua sedia maklum..it has been almost 8 months...aku dan dia tak berjumpa..sedih...sangat... selalunya paling lama 3 bulan...tapi,ni la harga yg harus dibayar untuk pasangan PJJ macam kami. (Percintaan Jarak Jauh). Feewiitt... hubunga kitorang da nk masuk 4 tahun...hubungan paling mencabar dan paling lama.
 

So,berdasarkan pengalaman ni,ada pros and cons la....apa kata kita mulakn dengan yang cons dulu.Chaiyok2!!
Negative (-)---->
  • Kadang2 aku lupa muka daus macam mana. ehe!
  • kurang pasti dengan perasaan sendiri sbb dah lama tak jumpa
  • rindu yang sangat parah
  • jealous sebab org lain boleh jumpa bf/gf diorang hari2.
  • jealous walau dgn kawan dia sendiri
  • buruk sangka
  • dipermainkan oleh org sekelilig (seperti diejek macamlah kau ni loser gile sebab dah lama tak jumpa.Hoho!!)
  • tapi memang rasa loser pn kadang2
  • susah sangat nak berpisah bila dah berjumpa sampai kalau boleh nangis guling kat lantai sebab taknak bagi dia balik dah lama aku mesti buat
  • sensitive sangat!
  • tidak boleh berseorangan. (eh,ni kadang2)
Sapa kata senang?hmmm...tapi tak semuanya buruk. mesti ada manisnya.. (manisnya kurma ini......-->tiba2.)

Positive (+)---->
  • rasa sayang makin ber++
  • rasa lebih bersemangat menempuh hari mendatang. Ahceh!
  • perasaan excited bila nak jumpa macam masa 1st time datig dulu. (setiap kali kitorang nak berjumpa akan rasa mcm ni)
  • perasaan malu sangat tebal. (positive kan?)
  • rindu yang dalam.................sangat....
  • kurangkan maksiat. (ini serius.)
  • perasaan nak kumpul duit makin meluap2 sebab mahu kahwin segera. (saya dah amik subject parenting.saje bagitau.)
  • bangga sebab bukan senang nak ada relationship macam ni.
  • kepercayaan makin ber++ sebenarnya. and masa nilah kita nak tahu dia jujur dan betul2 nak kat kita ke tak.
  • senang nak bahagikan masa antara dia,family,kawan,etc
  • jimat duit.
aku ada search sikit,pasal tips2 uuntuk p.j.j ni.. found this in here.
  1. Percaya pada pasangan---kepercayaan itu penting sangat dalam hubungan. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih  menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia. 
  2. Setia walaupun jauh ---Dugaan memang banyak.Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri.Tapi jangan couple plak dengan kawan tu.huhu 
  3. Berjumpalah walaupun seketika ---Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu
  4. Tanyalah khabar--- Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini. 
  5. Sambut hari ulang tahun bersama 
  6. Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah ---jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Ni just copy paste je. ada edit sikit je. kalau nak bace penuh pegi link kat atas tu k! huu
yang no.3 tu on the way..huhuhu... No.5 tu susah sikit selagi kitorang masih study. masa lapang x sama...
Comment aku, PJJ ni sebenarnya buat kitorang lebih matang dan berfikiran jauh. Dan kena pandai planning. Kalau tak,susah.. thanks to siti rahmah dan kawan2 yg lain yang banyak nasihatkan aku tentang perhubungan berlandaskan agama. Alhamdulillah, kitorang sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik.hmm..people make mistakes...oh ye...dan kitorang cuba kumpul duit! yeay!

Ya Allah yang maha mengasihi..semoga dia tercipta untukku..jodohku..yang terbaik untukku..permudahkan segalanya bagi kami..amin...

Eh,aku dah cakap tak semua gambar dari si google? heee..ok. semua gamabar belas ehsan si google. Tq.

"Ya Allah..
 Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
 Di Dunia dan di akhirat..
 Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..
 Jangan engkau biarkan aku sendirian..
 Di dunia ini mahupun di akhirat..
 Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
 Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
 Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
 Ke jalan yang engkau redhai..
 Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.."... Dipetik dari-- sini

Aku happy bila...

Assalamualaikum..

Tq pakcik google sebab ada gambar comell....

Gembira,happy. So,apa itu gembira? Siapa dapat terangkan apa itu gembira atau happy or apa2 aje yang korang gunakan. (???) Mesti lain2 kan? Maknanya setiap orang berlainan cara untuk buat diri sendiri happy kan? So do i...

Aku happy bila...
  • Aku dapat tido dengan secukupnya
  • pegi tempat yang indah macam pantai,kampung,air terjun,sungai...
  • Makan yg sedap2! (sudah pasti!)
  • kenyang. =)
  • Bau strawberry,tak kira lah buah ke,sabun ke,shampoo ke,pewangi ke,etc
  • aku ada barang PINK
  • baru lepas mandi.
  • orang bagi hadiah.
  • karaoke walaupun suara sehebat anuar zain
  • bawak kereta jauh2
  • lepak2 sambil gelak kuat2
Tapi,lagi haaaapppppyyyyy bile:
  • Bersama yang tersayang...
  • bersam si dia..
  • bersama teman rapat..
  • bersama ahli keluarga
  • umi da ayah gembira
  • lengkap menunaikan yg fardhu..

Tapi,ada satu lagi benda yg boleh buat aku happy tahap maximum. Tapi agak mustahil.
  • Bila umi dan ayah bersatu kembali.
Mustahil bagi fikiran manusia. Tapi tidak terlalu mengharap. Sebab sekarag pun masing2 happy dengan khidupan sendiri. Semua ada hikmah.

Dan untuk umi dan ayah... ara happy bila ayah dan umi happy. Ara ok dgn pilihan hidup ayah dan umi. janji kita semua happy. yeay! Aku anak yg paling sporting di dunia! Yeeee..haaaaa!!!


(Alamak! Lari tajuk x?hmmm...)